Ikuti Kami:

“Skripnya..” – Meski Risau Awalnya, Hani EXID Kongsi Sebab Pilih Terajui Drama Seksual ‘Fantasy Spot’

“Skripnya..” – Meski Risau Awalnya, Hani EXID Kongsi Sebab Pilih Terajui Drama Seksual ‘Fantasy Spot’

Semakin aktif dalam dunia lakonan, sepertinya Hani EXID atau nama sebenarnya Ahn Hee-yeon tekad menerajui drama yang mahu dicubanya.

BACA: “Seronok Ketika Penggambaran” – Tamat Kini, Hani Kongsi Perasaan Terajui Drama Seksual ‘Fantasy Spot’

Sibuk dengan penggambaran drama sejak tahun lalu, wanita ini sempat berkongsi pelbagai kisah mengenai kariernya menerusi sebuah temubual rasmi bersama majalah Esquire Korea baru-baru ini.

Bukan sahaja bercerita mengenai drama terbarunya iaitu “Call It Love” malah Hani turut mendedahkan sebab dia pilih untuk membintangi drama yang penuh dengan babak intim iaitu “Fantasy Spot”,

Skripnya sangat menyeronokkan, saya dapat memahaminya dengan senang. Walaupun seronok tapi saya turut risaukan mengenai hadnya yang agak tinggi namun saya sangat sukakan skripnya, jadi saya mahu mencubanya. Saya mahu mencabarnya.

hani call it love

Untuk pengetahuan, “Fantasy Spot” ialah drama dewasa dengan had umur 19+ di mana mereka menceritakan mengenai masalah yang dihadapi wanita dalam hubungan seksual.

Hebatlah Hani!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...