Utama K-Pop “Dia Senyum Je” – Meski Berdiri Satu Pentas, Peminat Sedih Lihat B.I...

“Dia Senyum Je” – Meski Berdiri Satu Pentas, Peminat Sedih Lihat B.I & iKON Duduk Berjauhan Tanpa Interaksi

b.i ikon

Pasti masih ada ramai peminat yang rindu ingin lihat iKON dengan 7 ahli termasuk B.I kan?

Pada 18 November, B.I dan bekas kumpulannya iKON masing-masing telah hadir membuat persembahan di ‘Supersound Festival 2023’ yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Untuk pengetahuan, ini merupakan kali pertama B.I dan iKON berdiri di atas satu pentas yang sama sejak lelaki itu meninggalkan kumpulan tersebut pada 2019 yang lalu.

Meskipun tiada sebarang interaksi antara mereka namun, peminat perasan bahawa B.I tersenyum apabila melihat bekas ahlinya bercakap dengan peminat dan pusing ke belakang untuk melihat wajah mereka di skrin besar.

Selepas melihat pelbagai foto dan video yang dimuat naik, peminat berasa sedih dan emosi tetapi tetap gembira kerana kedua-dua B.I dan iKON telah berjaya dalam kerjaya mereka sendiri.

Semoga mereka bahagia di jalan masing-masing.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...