Ikuti Kami:

“Dia Sentiasa Telefon Saya..” – Gummy Kongsi Jo Jungsuk Suami Yang Sering Beri Sokongan

“Dia Sentiasa Telefon Saya..” – Gummy Kongsi Jo Jungsuk Suami Yang Sering Beri Sokongan

Sudah lebih 5 tahun berkahwin, pasangan Gummy dan Jo Jung-suk nampaknya masih kekal romantik sehingga kini.

Pada 12 Disember, Gummy telah tampil dalam program SBS “Same Bed, Different Dreams 2: You Are My Destiny” sebagai tetamu, di mana dia ada berkongsi tentang kehidupan bahagianya bersama suami Jo Jung-suk.

Pada awalnya, hos menyebut kembali kenyataan yang pernah disebut Jo Jung-suk pada masa lalu, yang berbunyi,

Gummy akan menjadi kawan baik saya selama-lamanya. Saya tidak boleh melepaskan diri daripadanya.

Kemudian, Gummy turut berkongsi,

Dulu, dia sering menelefon saya setiap jam, walaupun ketika penggambaran. Kini, dia juga masih kerap menelefon saya. Dia sentiasa menghantar mesej kepada saya di antara waktu penggambaran untuk memberitahu saya apa yang dia lakukan. Dia mesej saya seperti ‘saya sudah selesai penggambaran’ atau ‘saya sedang makan tengahari’.

gummy dan jo jungsuk

Mendengar cerita dari Gummy, hos program memberi respon,

Wah, dia nampaknya memang betul-betul cintakan awak! Kami juga mendengar bahawa dia menjaga kesihatan mental awak sebelum tampil dalam rancangan televisyen.

Gummy menjawab,

Ya, betul. Apabila saya tampil dalam ‘King of Mask Singer’, saya melalui masa yang sukar dengan diri saya sendiri. Saya mempunyai keyakinan yang rendah ketika itu tetapi dia sering memberitahu bahawa saya boleh melakukannya. Kata-katanya amat menyentuh hati saya.

gummy dan jo jungsuk

Kongsi Gummy lagi mengenai sokongan yang sentiasa diberikan Jo Jung-suk,

Hari ini juga apabila saya ingin meninggalkan rumah, dia memberitahu saya hanya untuk ‘relax’ dan berseronok. Dia tidak pernah memberitahu saya untuk tidak bercakap tentang dia di mana-mana program.

Romantiknya! Mana nak cari suami macam Jo Jung-suk ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...