Bukan sahaja seorang artis berbakat malahan Cha Eun-woo turut disayangi ramai kerana sikapnya yang disenangi.
Baru-baru ini, sikap baik Cha Eun-woo kepada salah seorang ahli “Running Man” iaitu Jeon So-min telah kembali tular di laman komuniti dalam talian, meraih pujian ramai,
Sebelum ini, ahli ASTRO itu telah muncul sebagai tetamu dalam episod 604 “Running Man”. Di hujung episod, Jeon So-min harus menerima hukuman dan malangnya dia telah memilih dakwat hitam untuk dituangkan ke atas badannya.
Menarik perhatian, Cha Eun-woo yang ditugaskan untuk menuang dakwat hitam kepada wanita itu, telah menghalakannya ke hadapan agar badan Jeon So-min tidak begitu basah. Kemudian, lelaki itu terus memeluknya dan meminta maaf kerana dia terpaksa melakukannya.
Selepas klip itu tular, netizen rata-rata terharu dengan sikap bertimbang rasa dan gentleman Cha Eun-woo. Antara komen yang ditulis,
Dia sangat prihatin dan langsung tidak menunjukkannya. Rasanya, ahli ‘Running Man’ pun tak perasan, bila ia disiarkan, baru jadi bualan.
Cha Eun-woo memang baik.
Saya tahu dia sengaja menuangnya ke hadapan kerana tak mahu baju Jeon So-min kotor.
Terima kasih Cha Eun-woo kerana baik kepada Jeon So-min saya.
Selayaknya Cha Eun-woo diminati ramai!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.