Ikuti Kami:

“Dia Sengaja..” – Babak Lee Sehee Londeh Seluar Dalam Kim Jongkook Dalam ‘Running Man’ Tular

“Dia Sengaja..” – Babak Lee Sehee Londeh Seluar Dalam Kim Jongkook Dalam ‘Running Man’ Tular

Kalua dah nama pun “Running Man”, mestilah akan ada kejadian rawak berlaku dalam saban episodnya kan?

Bagi episod kali ini, program itu memaparkan perlumbaan istimewa di bawah tema ‘Saya Solo Neraka’ di mana mereka mengambil inspirasi dari rancangan tenu janji popular di ENA iaitu “I’m Solo”. Malah ia disertai dengan tiga tetamu hebat iaitu Lee Se-hee, Han Ji-eun dan Dex.

Dalam salah satu misinya, mereka perlu menaiki pelampung besar dan bertahan daripada ditolak oleh pasukan lawan. Hanya memikirkan kemenangan, siapa sangka Lee Se-hee melakukan kesilapan besar apabila tak sengaja tertarik seluar Kim Jong-kook hingga menimbulkan perasaan panik ahli lain.

sbs running man

Kim Jong-kook yang kekal tenang sempat berseloroh,

Saya ingat sedang mendapatkan suntikan di hospital.

Lee Se-hee yang juga tergamam berterusan memohon maaf berkali-kali. Usik Yoo Jae-suk pula bagi meredakan suasana,

Kim Jong-kook sengaja mengikat tali seluar dengan longgar. Ia merupakan pinggul yang terhasil dari senaman.

Pelakon wanita itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan apabila menuduh lelaki berbadan itu sengaja. Persoal Kim Jong-kook,

Sengaja??? Saya akan dimarahi jika membawa turun seluar sebawah ini di hospital.

sbs running man

Selepas itu, semasa memilih pasangan, Kim Jong-kook memilih Lee Se-hee dan berkata,

Awak kena bertanggungjawab.

Free show je!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...