Umum mengetahui bahawa Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo merupakan pasangan dalam “Running Man” yang mendapat sokongan ramai.
Bahkan kedua mereka nampaknya semakin rapat sejak kebelakangan ini hingga Kim Jong-kook beberapa kali menyebut mengenainya di dalam video si saluran YouTube miliknya.
Terbaru, lelaki berbadan sasa itu telah menjemput staf program tersebut seperti Choi Bo-pil, Choi Hyung-in dan ramai lagi bagi berkongsi tips kesihatan bersama mereka.

Apabila menyebut mengenai kekuatan para ahli “Running Man”, Kim Jong-kook sempat memuji Song Ji-hyo,
Song Ji-hyo sangat kuat. Lihat sahaja baru-baru ini, dia seorang sahaja yang tak dijangkiti walaupun tak vaksin.

Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja apabila melihat Kim Jong-kook memuji satamina Song Ji-hyo.
Makin rapat kan mereka?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




