Ikuti Kami:

“Awak Guna Somin Sebagai Alasan” – Yoo Jaesuk Dedah Kim Jongkook & Song Jihyo Keluar Dating?

“Awak Guna Somin Sebagai Alasan” – Yoo Jaesuk Dedah Kim Jongkook & Song Jihyo Keluar Dating?

Untuk episod “Running Man” terbaru ini, Jun So-min dan Song Ji-hyo kembali bersama ahli lain selepas hilang kerana urusan masing-masing.

Nampaknya, Yoo Jae-suk menggunakan peluang ini sebaik mungkin bagi mengusik hubungan Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo.

Selepas mempersoalkan babak mesra kedua mereka dalam rakaman muzik video untuk program “Outrun By Running Man”, pengacara itu sekali lagi mendedahkan ‘sesuatu’ mengenai mereka.

Ketika bergerak di dalam bas, kerusi kedudukan Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo terpisah kerana Jun So-min yang duduk antara mereka. Kata Yoo Jae-suk pada lelaki berbadan sasa itu,

Saya boleh nampak adik teman wanita awak datang bersama.

song johyo kim jongkook

Jun So-min menyambung usikan itu,

Saya tak sepatutnya berada di sini.

Tepis Kim Jong-kook,

Mana ada lah.

song jihyo kim jongkook

Mengejutkan apabila Yoo Jae-suk mendedahkan bahawa mereka pernah keluar makan bersama baru-baru ini,

Bukan kah awak berdua keluar dan berjumpa untuk makan dengan menggunakan kecederaan Jun So-min sebagai alasan?

Song Ji-hyo dan Kim Jong-kook hanya tertawa selepas mendengar Yoo Jae-suk yang terus mengusik mereka.

Ada apa-apa ke tu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...