Ikuti Kami:

“Jihyo Jarang Berkelakuan Comel Tapi..” – Yoo Jaesuk Usik Adegan Mesra Kim Jongkook & Song Jihyo

“Jihyo Jarang Berkelakuan Comel Tapi..” – Yoo Jaesuk Usik Adegan Mesra Kim Jongkook & Song Jihyo

Setelah beberapa minggu “Running Man” kehilangan ‘bunga-bunganya’, akhirnya kesemua ahli lengkap bersama di dalam episod terbaru ini.

Seperti biasa, permulaan bicara dipenuhi dengan sindiran dan usikan antara setiap daripada mereka.

Presiden peminat ‘Spartace’ iaitu Yoo Jae-suk dilihat menggunakan peluang ini untuk mempersoal hubungan rapat di antara Kim Jong-kook dan Song Ji-hyo di dalam salah sebuah episod “Outrun By Running Man” di mana mereka berdua dilihat mesra bersama.

song jihyo kim jongkook

Katanya,

Saya menonton video itu dan Song Ji-hyo serta Kim Jong-kook berpeluk dan bercium. Song Ji-hyo berkata pada Kim Jong-kook, ‘Saya mempunyai selera yang besar sejak kebelakangan ini.’ Ji-hyo jarang berkelakuan comel.

Pengacara itu kemudiannya terus mengusik mereka dan berlakon seperti di dalam klip video tersebut. Balas Kim Jong-kook,

Kami sedang menjalani penggambaran. Mereka merakam daripada tepi! Ia merupakan babak babak di mana pasangan itu berada di tahap paling bahagia.

song jihyo kim jongkook

Song Ji-hyo hanya mampu tertawa mendengar Kim Jong-kook dan Yoo Jae-suk ‘bergaduh’ mengenai hal itu.

Yoo Jae-suk pun perasan mereka ‘mesra’ semacam tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...