Kim Hye-yoon baru-baru ini terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Star1.
Kim Hye-yoon kini membintangi drama JTBC “Snowdrop”, bersama Ji-soo BLACKPINK. Semasa temu bual, Kim Hye-yoon berkongsi pengalamannya bekerja buat pertama kali dengan idola K-pop itu. Dia berkata,
Ketika penggambaran, saya rasa saya paling banyak duduk dengan Ji-soo.
Dia juga menyifatkan keperibadian Ji-soo sebagai seorang yang ceria dan santai, yang tidak mengejutkan buat ‘BLINK’ (nama kelab peminat BLACKPINK)! Kim Hye-yoon juga mendedahkan bahawa dia berasa sangat selesa berlakon bersama Ji-soo kerana personalitinya yang hebat. Dia berkata,
Ji-soo sangat mesra, jadi saya dapat bernafas dengan selesa di sekelilingnya. Saya rasa kami menjadi agak rapat semasa berlakon bersama.
Comel sangat mereka!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.