Dalam temu bual dan penggambaran untuk majalah @star1 baru-baru ini, Kim Hye-yoon mengulas tentang lakonannya sendiri.
Pelakon itu yang baru-baru ini membintangi drama popular tvN “Secret Royal Inspector & Joy”, bercakap dengan rendah hati tentang menjadi salah seorang pelakon yang paling dicari hari ini.
Perjalanan saya masih jauh. Saya rasa tanggungjawab saya juga semakin kuat. Saya sentiasa berjaga-jaga supaya saya tidak kehilangan tujuan awal saya. Saya akan bekerja lebih keras pada masa hadapan supaya saya tidak mengecewakan orang ramai.
Mengenai pengalamannya bekerja dengan Taec-yeon 2PM, Kim Hye-yoon mengulas,
Taec-yeon adalah ‘mood maker’ di set ‘Secret Royal Inspector & Joy’. Ia benar-benar menyeronokkan berlakon bersama-sama dengannya, dan kami tidak pernah berhenti ketawa.
Kim Hye-yoon juga mengakui bahawa dia masih tidak berpuas hati dengan lakonannya sendiri, dia berkongsi,
Sejujurnya, keyakinan saya apabila bercakap mengenai lakonan saya adalah sangat rendah. Kerana saya cenderung menjadi seorang yang perfeksionis, saya tidak pernah gembira dengan lakonan saya sendiri.
Sementara itu, Kim Hye-yoon kini membintangi drama “Snowdrop” dan dia memainkan watak sebagai Kye Boon-ok, yang turut mendapat pujian penonton dengan lakonan hebatnya.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.