Ikuti Kami:

“Dia Sangat Kelakar” – Peakboy Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jumpa Park Seojoon & Choi Wooshik

“Dia Sangat Kelakar” – Peakboy Kongsi Pengalaman Kali Pertama Jumpa Park Seojoon & Choi Wooshik

Umum pasti mengetahui kumpulan persahabatan ‘Wooga Squad’ yang terdiri daripada V BTS, Park Seo-joon, Choi Woo-shik, Park Hyung-sik dan Peakboy.

Pada siaran terbaru program KBS ‘Lee Gi-kwang’s Music Plaza’, salah seorang ahli ‘Wooga Squad’ iaitu Peakboy telah hadir sebagai tetamu.

Semasa sedang berborak dengan DJ radio, penyanyi rap itu menyatakan pendapatnya mengenai istilah ‘Wooga Squad’ yang digunakan untuk merujuk kepada kumpulan rakannya yang terdiri daripada 5 selebriti popular tersebut. Jelas Peakboy,

Saya tidak tahu siapa yang mencipta nama itu. Saya bukan peminat tegar perkataan ‘skuad’, jadi saya tidak pasti perasaan saya tentang nama itu.

peakboy wooga squad

Ketika ditanya siapa yang paling kelakar dalam kumpulan itu, Peakboy menjawab,

Woo-shik adalah orang paling kelakar yang pernah saya temui. Dia lucu dan mengagumkan, tetapi tidak seperti seorang pelawak. Mungkin, hanya saya yang menganggap dia berjenaka.

Selain itu, Peakboy dan Park Seo-joon pertama kali bertemu di sekolah menengah. Apabila ditanya berapa lama mereka berkawan, dia menjawab,

Saya tidak pasti. Saya bertemu dengannya di akademi yang sama. Kami berada dalam kelas yang sama kerana kami berdua memerlukan sokongan akademik, tetapi dia kemudiannya berpindah ke kelas yang lebih maju semasa saya masih di kelas yang sama.

wooga squad

Tak sabar nak tonton mereka dalam ‘IN THE SOOP : Friendcation’ nanti.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...