Ikuti Kami:

“Dia Sangat Comel” – Cha Jooyoung Dedah Selebriti Ini Sebagai Ciri Lelaki Idaman

“Dia Sangat Comel” – Cha Jooyoung Dedah Selebriti Ini Sebagai Ciri Lelaki Idaman

Semakin popular kini, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang apakah ciri lelaki idaman pelakon Cha Joo-young.

Baru-baru ini, Cha Joo-young telah tampil sebagai tetamu dalam program “Point Of Omniscient Interference”, di mana wanita itu ada berkongsi mengenai pelbagai topik.

Dalam episod tersebut, Cha Joo-young melihat sekilas Choo Sung-hoon di sebelahnya dan mendedahkan,

Saya peminat tegar Choo Sung-hoon. Saya telah menjadi peminatnya selama bertahun-tahun, sejak dia kurang muncul di TV lagi.

Respon pengacara,

Kami dengar awak berdua mengambil beberapa gambar bersama sebelum penggambaran.

Cha Joo-young kemudiannya mengangguk sambil tersenyum malu.

cha jooyoung choo sunghoon

Kongsi Choo Sung-hoon pula sambil menanggalkan cemin mata hitamnya,

Saya belum menonton bahagian kedua ‘The Glory’, tetapi saya telah menonton bahagian pertama.

Pelakon wanita itu dilihat merenungnya sebentar dan menyatakan sambil ketawa,

Oh, dia sangat comel! Saya tidak pernah menyebut tentang perkara ini di tempat lain tetapi dia seseorang yang dekat dengan ciri lelaki idaman saya sebenarnya. Saya tidak tahu sama ada saya boleh katakan perkara itu. Tapi..sejujurnya saya tak tahu nak buat apa sekarang!

Sambil ketawa kecil, Choo Sung-hoon memberi respon,

Tapak tangan saya berpeluh.

cha jooyoung choo sunghoon

Comel je Cha Joo-young malu-malu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...