Ikuti Kami:

“Dia Patuhi Lampu Isyarat” – Cha Jooyoung Dilihat Tunggang Motosikal Sambil Bawa Beg LV

“Dia Patuhi Lampu Isyarat” – Cha Jooyoung Dilihat Tunggang Motosikal Sambil Bawa Beg LV

Meskipun sudah semakin popular kini, Cha Joo-young nampaknya masih meneruskan kehidupannya dengan santai.

Terbaru, Cha Joo-young telah berkongsi semula Instagram Story yang dimuat naik seorang netizen, di mana pelakon itu dilihat menunggang motosikal di jalan raya dan memakai topi keledar hitam.

Selain itu, netizen tersebut turut memuji pelakon wanita itu dengan menulis,

Saya melihat seorang wanita menunggang motosikal di hadapan saya sebentar tadi. Dia sangat hebat. Walaupun dia menunggal motosikal, dia mematuhi semua lampu isyarat. Saya terharu kerana tidak ramai penunggang motosikal seperti itu.

cha jooyoung

Tambahnya lagi dengan menjelaskan sebab dia memuat naik foto berkenaan,

Begnya sangat cantik sehingga saya mengambil gambarnya. Ternyata dia seorang pramugari Hye-jeong. Saya sayang awak. Ni awak, kan?

Balas Cha Joo-young,

Oops.

Untuk pengetahuan, Cha Joo-young sebenarnya sedang menjalani penggambaran untuk rancangan hiburan MBC “Point of Omniscient Interfere”, yang akan disiarkan pada 8 April nanti.

Sementara itu, Cha Joo-young juga sedang muncul dalam drama “The Real Has Come” dengan wataknya sebagai Jang Se-jin, seorang yang tenang, yakin dan anggun, yang juga merupakan cinta pertama kepada Gong Tae-kyung dan ketua setiausaha untuk Gong Chan-shik (Hong Yo-seob).

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...