Meskipun sedang sibuk dalam dunia lakonan dan nyanyian kini, Cha Eun-woo nampaknya tetap mencari masa untuk pendidikannya.

Terbaru, seorang peminat telah berkongsi di laman Weibo bahawa Cha Eun-woo sedang melanjutkan pelajarannya di Universiti Sungkyunkwan untuk peringkat sarjana.
Melihat tempat (lokasi)nya yang masih di Universiti Sungkyunkwan untuk belajar, kemarahan saya hilang 1%. Walaupun tidak pasti dari mana datangnya lokasi tersebut, lokasi itu adalah tempat Eun-woo belajar untuk ijazahnya.
Sebelum ini, idola itu telah pun menyelesaikan ijazahnya di universiti yang sama dan kini dia dipercayai sedang belajar di peringkat seterusnya secara diam-diam.
Bukan itu sahaja, peminat tersebut turut mendedahkan bahawa walaupun Cha Eun-woo cuba untuk tidak menghebohkan tentang perkara ini, profesornya sentiasa berminat untuk berkongsi mengenai keperibadian ahli ASTRO itu dan betapa pintarnya dia.
Dia agak rendah diri, tetapi setiap kali dia datang ke kelas, profesor tidak dapat menahan diri untuk tidak mengumumkannya hahahahahah. Siapa je yang tidak mahu mendabik dada bahawa Cha Eun-woo adalah pelajar mereka?
https://twitter.com/Woo1Nice/status/1633332243598045190?s=20
Selepas melihat perkongsian itu, netizen rata-rata meluahkan rasa kagum mereka terhadap Cha Eun-woo, yang mengambil masa untuk belajar meskipun sedang sibuk dengan pelbagai projek lain.
Mantap la Cha Eun-woo! Bukan senang tau nak bekerja sambil belajar.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉