Ikuti Kami:

“Dia Rakam Lagu Hanya Dalam Sehari” – Charlie Puth Akui Mudah Bekerja Dengan Jungkook BTS

“Dia Rakam Lagu Hanya Dalam Sehari” – Charlie Puth Akui Mudah Bekerja Dengan Jungkook BTS

Ada tak yang masih tak boleh berhenti dengar lagu kolaborasi Charlie Puth bersama Jung-kook BTS berjudul “Left And Right”?

Terbaru, Charlie Puth telah mendedahkan kisah di sebalik tabir kerjasamanya bersama Jung-kook untuk lagu “Left And Right”, menerusi temu bual di Melon Spotlight.

Pada awalnya, Charlie Puth berkongsi bahawa ianya amat mudah untuk bekerja dengan Jung-kook. Kongsinya,

Dia menamatkan rakaman bahagiannya dalam masa sehari. Dia menyanyikannya dengan sempurna mengikut irama. Suaranya, sebutan dan butiran terkecil pun sempurna. Ia dilakukan dengan sangat baik sehingga saya hanya menyalin dan menampal bahagiannya ke dalam trek dan produksi tamat.

charlie puth

Kemudian, Charlie Puth turut menunjukkan minatnya kepada kumpulan K-Pop lain seperti BLACKPINK, NewJeans dan banyak lagi. Dia berkata,

Saya suka semua lagu K-Pop secara amnya. Saya mahu bekerja dengan mana-mana penyanyi. Saya benar-benar meminati K-Pop sekarang.

Haaa..korang nak Charlie Puth berkolaborasi dengan artis K-Pop mana lagi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...