Sesebuah rancangan hiburan dirancang atas permintaan penonton dan semestinya ianya akan berubah dari masa ke semasa.
Walaupun bermula dengan Yoo Jae-suk sebagai hos solo namun “How Do You Play” berkembang kepada format bermusim di mana mereka mengubah ahli mengikut musim. Baru-baru ini, rancangan itu telah mengucapkan selamat tinggal buat Jung Jun-ha dan Shin Bong-sun serta menambah Joo Woo-jae sebagai wajah baru.
Bersama Yoo Jae-suk, Lee Yi-kyung, Lee Mi-joo, Park Jin-joo dan Haha, model itu cuba menyesuaikan diri dengan program yang agak baru buatnya itu. Jadi, bagaimana dengan penerimaan penonton?
Dari rata-rata komen yang ditinggalkan, kebanyakan dari penonton mengakui bahawa model itu masih perlu bekerja keras bagi bergerak seiring dengan humor dan personaliti setiap ahli. Pun begitu, dengan bantuan Yoo Jae-suk yang kerap mengusiknya, lelaki itu sepertinya mempunyai banyak bahagian tayangan untuk episod pertamanya itu.
Pun begitu, penonton nampaknya ada perkara lain yang mahu diluahkan. Boleh dikatakan lebih dari sebahagian komen meminta supaya ahli wanita terutamanya Lee Mi-joo supaya meninggalkan program berkenaan.
Kata mereka,
Ahli wanita serius tak kelakar, habis babak tayangan kumpulan lain. Kenapa asyik nak bawa mereka, keluarkan lah Mi-joo, dia macam racun buat Yoo Jae-suk.
Lee Mi-joo tak pandai bercakap langsung, dan asyik merungut tak nak makan.
Saya mula tak tengok sejak Mi-joo masuk.. tak ingat dah bila..
Buang lah Mi-joo, dia nampak boring dan tak menyeronokkan langsung.
Semakin melihat Mi-joo, semakin saya tak sukakannya.
Apa kata korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉