Adakah kemelut Uzurocks dan Song Ji-hyo tidak akan menemui jalan penyelesaiannya?
Terbaru, pihak wanita itu melaporkan bahawa mereka akan tetap meneruskan dengan saman apabila agensi berkenaan dilihat memungkiri janji mereka lagi. Katanya, Uzurocks sepatutnya membayar baki yang belum dilunaskan pada 1 Mei. Song Ji-hyo yang mempercayai janji itu menunggu sehingga tengah malam hari berkenaan namun secara tiba-tiba agensi itu mengubah kata-kata mereka,
Kami akan membayar wang selebihnya pada 4 haribulan.
Balas wakil pelakon itu,
Kami menanti pembayaran pada 1 haribulan seperti yang dijanjikan namun Uzurocks mengubah kata-kata mereka dan menunda hingga 4 haribulan. Ini sama ketika mereka membayara gaji staf pada masa yang sepatutnya. Ini bukan kali pertama mereka melewatkan bayaran, jadi kami tak akan biar hal ini berterusan. Song Ji-hyo tiada pilihan melainkan menfailkan saman untuk meminta bayaran itu.
Tsk tsk..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉