Ikuti Kami:

“Dia Penyelamat Hidup” – Dituduh Buli Pelajar Lemah, Bekas Rakan Sekolah Dedah Kebaikan Kim Hieora

“Dia Penyelamat Hidup” – Dituduh Buli Pelajar Lemah, Bekas Rakan Sekolah Dedah Kebaikan Kim Hieora

Betul lah orang cakap, kalau kita buat baik pasti akan dibalas baik.

Baru-baru ini, Kim Hieora telah didakwa merupakan salah seorang pembuli di sekolah menengah, di mana dia menyertai kumpulan besar yang sering menindas golongan lemah bernama ‘Big Sangji’.

Pada 7 September, salah seorang bekas rakan sekolah Kim Hieora telah membuat satu hantaran di laman komuniti dalam talian, mendedahkan bahawa pelakon itu bukanlah seorang pembuli seperti yang didakwa ramai. Tulisnya,

Saya sebaya dengan Kim Hieora dan kami berada dalam kelas yang sama di sekolah menengah walaupun saya tidak begitu rapat dengannya. Dia dipanggil ‘Eora’ di kalangan kami dan merupakan seorang yang terkenal kerana gaya berpakaian yang unik dan kemahiran menyanyi. Dia hanya menonjol dalam kalangan mereka yang sebaya.

Kemudian, rakan sekelasnya itu turut berkongsi bahawa Kim Hieora adalah satu-satunya orang yang bercakap dengannya ketika di kafetaria,

Kim Hieora bertanya mengapa saya selalu makan sendirian. Saya telah mengingatinya sebagai penyelamat hidup saya. Ada rakan sekelas mencuri telefon saya dan menulis mesej sebagai bahan lawak, tetapi Eora tidak pernah melakukan perkara sedemikian.

kim hieora

Akhir sekali, dia juga turut memberikan sokongan kepada pelakon “The Glory” itu dan menyatakan,

Eora, jika awak melihat siaran ini saya hanya mahu berkata ‘Sentiasa kuat!’. Saya tak tahu bagaimana semua hal ini berlaku tapi awak adalah kawan yang berharga dan saya sangat hargai. Saya tak fikir khabar angin itu benar jadi saya menulis siaran ini.

Semoga kebenaran akan terbongkar.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...