Ikuti Kami:

“Dia Pegang Telefon Lisa” – Foto Lisa BP & Frédéric Keluar ‘Dating’ Sambil Makan Ais Krim Di Paris Raih Perhatian

“Dia Pegang Telefon Lisa” – Foto Lisa BP & Frédéric Keluar ‘Dating’ Sambil Makan Ais Krim Di Paris Raih Perhatian

Nampaknya, Lisa dah semakin berani untuk mendedahkan hubungannya bersama Frédéric Arnault kepada umum.

Baru-baru ini, seorang netizen telah berkongsi foto Lisa BLACKPINK yang dilihat sedang meluangkan waktu bersama ‘kekasih’nya Frédéric Arnault, di muzium seni Musée Rodin di Paris.

Tulis netizen tersebut,

Saya berjemur di bawah sinar matahari petang di taman Musée Rodin dan saya melihat seorang gadis mengambil gambar aiskrimnya. Apabila saya melihat ke aiskrimnya, gadis itu kebetulan menoleh dan kami bertentang mata. Saya fikir ‘Gadis cantik ini sangat mirip dengan Lisa’. Saya memandang lelaki di sebelahnya dan fikir dia juga kelihatan familiar. Kemudian, saya sedar bahawa dia adalah Lisa.

Selebriti memang begitu cool di Eropah. Mereka tidak memakai cermin mata hitam tetapi tiada siapa yang mengganggu mereka. Mereka berdua seperti pasangan biasa, berjemur di bawah sinar matahari, makan ais krim dan berjalan-jalan di taman. Saya suka mereka dan interaksi mereka.

lisa blackpink frederic arnault

Menerusi gambar-gambar yang dikongsi, wajah Lisa dan Frédéric memang jelas kelihatan, ketika mereka sedang jalan berdua-duaan di taman sambil makan ais krim.

Selain itu, peminat juga perasan bahawa kekasihnya itu memegang telefon Lisa, menimbulkan dakwaan bahawa Frédéric yang sentiasa mengambil gambarnya sebelum ini.

Meskipun pelbagai khabar angin telah tersebar, agensi Lisa masih belum mengesahkan atau menafikan tentang hubungan mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...