Popular seluruh dunia, tak terkejutlah kalau Lisa BLACKPINK merupakan antara idola K-Pop yang paling kaya kini.

Terbaru menurut laporan dari media barat, Lisa baru sahaja membeli rumah agam mewah di Beverly Hills, California, yang baru diubah suai dengan harga $3.95 juta (RM18,924,450).
Menurut sumber,
Ia adalah harta ajaib. Walaupun ia adalah pengubahsuaian serba baharu, ia mempunyai rasa dunia lama. Bila awak berhenti di Beverly Hills, awak akan rasa berada di dunia lain.
Tambahan, rumah tersebut dijangka mempunyai keluasan 3,387 kaki persegi, dengan empat bilik tidur, bumbung jubin tanah liat, lantai batu dan siling kayu berkubah.
Kawasan ini agak tertutup dan ‘peribadi’ kerana lot yang sangat besar. Ia dikelilingi oleh bukit dan pemandangan.
Wow #LALISA mansion is beautiful!#LISAxRCA #LISA#RCAxLLOUD @wearelloud @RCARecords https://t.co/pYPilOmkJk pic.twitter.com/raChd8mUrY
— She’s Queen LISA ❤️🔥 (@EmilovesMulan) April 17, 2024
Cantiknya rumah baru Lisa!