So-you telah berkongsi antara sebab mengapa dia sering mendapat serangan panik.
Terkini, So-you dan Da-som SISTAR telah membuat kemunculan dalam rancangan “Zzanbro”. Di mana, dia telah mendedahkan kesukaran hidupnya kerana sering mendapat serangan panik serta pengalamannya menjadi mangsa serangan seksual.
Ahli SISTAR tersebut berkata,
Sebenarnya, saya pernah kena serangan seksual beberapa tahun yang lalu.
Tambahnya,
Pada masa itu, saya sedang menaiki kereta api dan koc itu dipenuhi dengan orang yang baru balik kerja. Jadi, masa saya sedang memegang dinding kereta api tersebut, saya dihimpit oleh lelaki di depan dan bahagian belakang saya.
Sambungnya lagi,
Lepas beberapa minit, saya rasa ada tangan yang pegang punggung saya dan saya cuba untuk tarik dia selepas pintu kereta api itu dibuka, tapi gagal kerana dia terus cabut lari.
Tidak berhenti di situ, penyanyi itu turut menyatakan bahawa sehingga kini, pelaku tersebut masih lagi belum dikenal pasti.
Kesiannya So-you..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.