Ikuti Kami:

“Saya Nak Berehat” – Sering Dipermainkan, Soyou Luah Tidak Ingin Bercinta Lagi

“Saya Nak Berehat” – Sering Dipermainkan, Soyou Luah Tidak Ingin Bercinta Lagi

So-you mendedahkan bahawa dirinya pernah dipermainkan oleh teman lelakinya.

Pada 28 November, So-you telah membuat penampilan di rancangan “Pparappirippo 2” di YouTube. Di mana dia telah menceritakan tentang kerjayanya.

Katanya,

Lagu ‘Some’ sangat popular dan sebab saya banyak nyanyikan lagu cinta dan putus cinta, ramai yang ingat yang saya ni mahir bercinta.

Tambahnya,

Memang bercinta itu bukan benda yang jahat, tapi sejujurnya saya rasa yang saya tak tahu apa-apa tentang percintaan.

soyou yt

Adunya lagi,

Memang saya pernah beberapa kali bercinta, tapi hampir kesemua mereka mempermainkan perasaan saya. Jadi saya nak berehat daripada sebarang hubungan buat sementara ini.

Tidak berhenti di situ, penyanyi yang juga merupakan ahli kumpulan SISTAR ini turut mendedahkan bahawa dirinya banyak menghabiskan masa berseorangan di rumah.

Malah, kebanyakan rakan-rakannya tidak mahu untuk mengenalkannya kepada mana-mana lelaki kerana mereka merasakan bahawa dia patut mendapatkan lelaki yang terbaik selepas apa yang dilaluinya.

Ala So-you pun masih muda lagi, mana tahu nanti dapat lelaki yang lebih baik dari sebelum ni kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...