Ikuti Kami:

“Dia Panggil Saya ‘Anak'” – Bae Inyuk Kongsi Pengalaman Berlakon Dalam ‘Under The Queen’s Umbrella’

“Dia Panggil Saya ‘Anak'” – Bae Inyuk Kongsi Pengalaman Berlakon Dalam ‘Under The Queen’s Umbrella’

Siapa kat sini minat Bae In-hyuk?

Baru-baru ini, menerusi satu sesi temu bual bersama majalah Dazed Korea, Bae In-hyuk berkongsi mengenai drama hit “Under The Queen’s Umbrella” dan banyak lagi!

Apabila ditanya mengenai pengalaman melakonkan watak dalam “Under The Queen’s Umbrella”, Bae In-hyuk berkata,

Saya teringat ketika penggambaran, saya hanya ada masa sejam hingga ke dua jam untuk tidur. Kerana waktu itu saya sibuk menjalani penggambaran untuk “Cheer Up” dan “Ditto” dalam jangka masa yang sama. 

Untuk drama “Under The Queen’s Umbrella” pula, watak sebagai putera mahkota banyak memerlukan saya untuk baring kerana dia sering sakit. Jadi, ada kalanya, saya tertidur ketika membawa watak tersebut. 

bae inhyukMelihat kepada kerjasama antara pelakon veteran, Kim Hye-soo da juga Kim Hae-sook, dia berkata,

Walaupun mereka berdua adalah pelakon yang mempunyai aura luar biasa, mereka dengan bersahaja menegur saya dan memulakan perbualan bersama saya dahulu supaya saya tidak berasa janggal. 

Malah, di set penggambaran juga, pelakon Kim Hye-soo sering memanggil saya ‘anak’, supaya saya berasa selesa dengannya. 

bae inhyukMenjengah usia 25 tahun, semestinya Bae in-hyuk merasakan ianya sesuatu yang besar. Dia berkata,

Dulu ketika saya lihat orang lain berusia 25 tahun, saya berasa ianya satu fasa dewasa yang sebenar. Ketika saya di bangku sekolah, saya rasa orang yang di fas 20-an, semua sudah matang dan dewasa.

Namun, sekarang apabila saya sendiri berusia 25 tahun, saya rasa saya masih sama ketika di bangku sekolah, tidak banyak bezanya. Saya sendiri rasa saya tidak cukup matang lagi. 

Kematangan seseorang itu kan tidak bergantung pada umurnya… gitu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...