Ikuti Kami:

“Dia Pandu Sendiri Ke Set” – Minta Bayaran Dilunaskan, Ini Kisah Disebalik Konflik Song Jihyo & Uzurocks

“Dia Pandu Sendiri Ke Set” – Minta Bayaran Dilunaskan, Ini Kisah Disebalik Konflik Song Jihyo & Uzurocks

Sepertinya masih banyak cerita yang belum disingkap mengenai konflik kontrak di antara Song Ji-hyo dan Uzurocks.

Selepas pelakon itu meminta untuk dilepaskan, agensi berkenaan akhirnya mengakui kesalahan mereka dan bersetuju untuk membatalkan kontrak di antara mereka berdua.

Pada 14 April, kami memberi notis mengenai pembatalan kontrak eksklusif. Keputusan itu dibuat atas dasar kepercayaan bahawa pembayaran artis dan staf terlerai. Kami akan menfailkan sama untuk penyelesaian pembayaran.

song jihyo

Walau bagaimanapun, sepertinya Song Ji-hyo tetap akan menfailkan saman terhadap agensi yang turut dinaungi Ji Suk-jin itu. Katanya buat Uzurocks yang mengakui kesalahan itu,

Keputusan dibuat selepas pertimbangan mendalam dan ianya adalah untuk meminta bayaran terhadap kerja dilakukan.

Dalam pada itu, menurut laporan media lain, Song Ji-hyo dan stafnya bergerak seperti ejen tanpa agensi sejak kebelakangan ini,

Song Ji-hyo menjalani penggambaran dengan jurugaya dan staf terdekat tanpa pengurus. Malah dia dilaporkan memandu sendiri ke tempat penggambaran.

uzurocks

Hmmm… kesian Song Ji-hyo..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...