Kemas kini terbaru Park Bom nyata mendapat perhatian ramai.

Baru-baru ini, ahli 2NE1 itu telah memuat naik beberapa keping swafoto di Instagram dengan kapsyen,
Hello, ini ialah Bom.
Dalam foto itu, dapat dilihat wanita itu hanya berbaju tanpa lengan dengan rambut panjang dibiarkan melepasi bahu.
Komen peminat,
Memang Park Bom ke yang muat naik gambarnya sendiri.
Park Bom?
Dia nampak cool bila yakin dengan kecantikan sendiri.
Saya rasa fotonya akan nampak lebih elok kalau dia tak guna filter pelik.
Dia ada standard kecantikan tersendiri.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Park Bom berjaya mengurangkam berat badan sebanyak 11 kilogram dengan bantuan syarikat pelansingan.
Walau bagaimanapun, fizikal badan berlainan yang ditonjolkan ketika membuat persembahan di luar negara membuatkan ramai yang sangsi. Respon wakilnya pada ketika itu,
Tiada masalah dengan dietnya. Dia sedang bekerja keras untuk berdiet.
Yang penting Park Bom sihat.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.