Korang tengok tak persembahan Park Bom baru-baru ini di Filipina?
Terbaru, Park Bom 2NE1 membuat persembahan di Manila sempena “2022 Pop Festival”. Namun, paling mencuri tumpuan peminat adalah apabila Park Bom tampil dengan penampilan yang amat merisaukan.
Park Bom kini dilihat sudah mengumpul tahap berat badan yang membimbangkan kerana bentuk fizikalnya amat berbeza berbanding dirinya sebelum ini. Dek kerana itu juga, rata-rata dalam kalangan peminat meluahkan rasa bimbang mereka, jikalau Park Bom kini menghadapi masalah kesihatan. Sehubungan dengan itu, agensi Park Bom memberi respon dengan menyatakan,
Kesihatan Park Bom setakat ini dalam keadaan baik dan tiada masalah. Sekarang juga dia sedang mengamalkan diet sihat dan juga bersenam secara kerap.
Sebelum ini, Park Bom juga sempat berkongsi bahawa,
Saya mengalami kesukaran ketika perlu mengamalkan diet dek kerana rawatan bagi masalah ADD (attention deficit disorder/ gangguan perhatian defisit) saya. Namun, sekarang saya rasa saya perlu kurangkan berat badan. Berat saya juga kian susut dan saya juga sudah kurangkan pengambilan ubat saya. Saya harap saya akan makin sihat.
Tak apalah, asalkan Park Bom sihat!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.