Ikuti Kami:

“Dia Nyanyi Lagu Justin Bieber..” – Taeyang Imbas Waktu Lisa BP Sertai Uji Bakat Di YG

“Dia Nyanyi Lagu Justin Bieber..” – Taeyang Imbas Waktu Lisa BP Sertai Uji Bakat Di YG

Sebagai seorang senior, Taeyang pastinya bangga melihat kejayaan Lisa BLACKPINK kini.

Untuk pengetahuan, Taeyang telah berkolaborasi dengan Lisa untuk lagu “Shoong!”, merupakan salah satu lagu dalam album terbarunya “Down to Earth”.

Dalam sesi temu bual yang dilakukan baru-baru ini, Taeyang berkongsi bagaimana dia boleh bekerjasama dengan Lisa untuk lagu tersebut. Pada awalnya, ahli BIGBANG itu langsung tidak terfikir artis mana yang dia mahu tampilkan dalam lagu itu dan hanya mahukan penyanyi wanita yang boleh membuat persembahan serta rap.

Namun pada satu hari, Lisa datang ke studio rakaman agensi Taeyang dan dia memainkan lagu “Shoong!”. Kemudian, lelaki itu terus bertanya sekiranya ahli BLACKPINK itu mahu berkolaborasi dengannya. Akhirnya, proses seterusnya terus berlaku secara semula jadi dan kerjasama antara mereka berlaku dengan pantas.

taeyang lisa

Kemudian, semasa temu bual bersama Rolling Stone, Taeyang juga turut mengimbas kembali waktu kali pertama Lisa mula-mula datang ke YG Entertainment dan melakukan uji bakat. Kongsi Taeyang,

Semasa Lisa mula datang ke YG dan ke Korea, saya beradi di agensi untuk bekerja pada muzik dan akhirnya menonton uji bakatnya. Pada masa itu, dia masih seorang kanak-kanak yang baru datang dari Thailand. Dia menyanyikan lagu ‘Baby’ dari Justin Bieber dan ia sangat menawan.

Sambungnya lagi sambil memuji Lisa,

Saya benar-benar mahu dia berjaya. Saya memberitahu CEO kami pada masa itu ‘Saya fikir dia akan melakukannya dengan baik walau apa pun’. Saya tidak mengatakan dia melakukannya dengan baik kerana saya atau sebagainya. Melihat dia menjadi begitu berjaya membuatkan saya bangga.

Dengarkan kolaborasi Taeyang bersama Lisa untuk lagu “Shoong!” di atas!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...