Song Hye-kyo kini kelihatan sangat tenang dan bahagia!
BACA: “Tolong Berlakon Bersama” – Interaksi Lee Minho & Song Hyekyo Di Pertunjukan Fesyen Jadi Bualan
Baru-baru ini, kalau korang menjengah ke laman Instagram Song Hye-kyo, korang akan nampak beberapa keping gambar yang dikongsinya. Dia bercuti di New York bersama rakan, Lee Jin-do, dan turut dibawa bersama, anjing peliharaannya, Ruby. Bukan itu sahaja, mereka turut berkelah bersama di sebuah taman di Central Park.
Paling menarik perhatian, rata-rata dalam kalangan peminat memuji proposi badan dan visual cantik Song Hye-kyo. Mereka juga turut gembira melihat kehidupannya sekarang, yang kelihatan tenang dan ceria apabila berpeluang memanjakan dirinya dan meluangkan masa bersama rakan-rakan.
Effortlessly cantik kan dia?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.