Ikuti Kami:

“Tolong Berlakon Bersama” – Interaksi Lee Minho & Song Hyekyo Di Pertunjukan Fesyen Jadi Bualan

“Tolong Berlakon Bersama” – Interaksi Lee Minho & Song Hyekyo Di Pertunjukan Fesyen Jadi Bualan

Baru-baru ini, interaksi Lee Min-ho bersama Song Hye-kyo telah berjaya membuat internet ‘kecoh’.

Pada 10 September lepas, pertunjukan fesyen untuk jenama mewah ‘Fendi’ telah diadakan di New York, Amerika Syarikat.

Apa yang menarik perhatian, dua pelakon popular Korea Selatan Lee Min-ho dan Song Hye-kyo turut menghadiri acara tersebut sebagai duta jenama. Kedua mereka duduk bersebelahan, mempamerkan aura yang luar biasa. ‘Hot’ sangat!

Walaupun tidak pernah bertemu pada masa lalu secara terbuka, mereka berdua kelihatan ‘senang’ berbual antara satu sama lain.

https://twitter.com/hyekyotheint/status/1568808006632218624

Antara reaksi yang ditulis peminat:

Mereka sesuai untuk bergandingan dalam sebuah drama.

 

Song Hye-kyo dan Lee Min-ho, mengapa anda tidak membuat penggambaran filem romantik? Gabungan ini sangat sesuai.

 

Saya tahu mereka menghadiri pertunjukan fesyen tetapi mengapa gambar ​​mereka kelihatan seperti senario dalam filem atau drama. Seperti kita sedang menonton beberapa episod.

Menambah keterujaan, dalam satu temu bual sebelum ini, Lee Min-ho pernah menyebut Song Hye-kyo sebagai wanita idamannya.

lee minho song hyekyo

Fuhh..cuba bayangkan mereka berdua berlakon bersama!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...