Ikuti Kami:

“Dia Nak Nombor..” – Dah 10 Tahun Bercinta, Sooyoung Kongsi Kisah Ada Lelaki Lain Cuba Mengorat

“Dia Nak Nombor..” – Dah 10 Tahun Bercinta, Sooyoung Kongsi Kisah Ada Lelaki Lain Cuba Mengorat

Pasti ramai yang tahu bahawa Soo-young SNSD sudah 10 tahun bercinta dengan pelakon Jung Kyung-ho.

Namun baru-baru ini, Soo-young telah muncul sebagai tetamu dalam program Jo Hyun-ah di YouTube, di mana dia ada berkongsi kisahnya apabila ada seorang lelaki yang cuba mengoratnya. Dia berkata pada awalnya,

Di Apgujeong, seseorang cuba menjemput saya. Dua lelaki, saya rasa berumur awal 20-an? Mereka berjalan ke arah saya dengan telefon bimbit mereka jadi saya fikir mereka ingin bergambar. Mereka berkata, ‘Saya minta maaf tetapi jika awak tidak keberatan, boleh saya dapatkan nombor awak?’.

Kemudian, pelakon dan idola itu terus menanggalkan topeng mukanya berharap agar lelaki tersebut mengenalinya sebagai seorang selebriti. Namun, mereka tetap tidak mengenalinya. Sambung Soo-young,

Seorang lelaki di sebelahnya cuba membantunya dengan mengatakan bahawa ini adalah kali pertama dia minta nombor seseorang. Saya jawab balik ‘Maaf, saya ada teman lelaki’. Dia meragui bahawa saya mengatakan itu untuk menolaknya dan bertanya sudah berapa lama saya bercinta. Maka saya menjawab, ‘Saya? 10 tahun..’.

sooyoung

Jelas wanita itu lagi,

Jika saya katakan saya Soo-young SNSD, lelaki itu akan berasa sangat malu atau mungkin berkata ‘Siapa?’. Saya agak bimbang tentang itu jadi saya terus meminta maaf dan dia juga berputus asa.

Soo-young cantik sangat, mesti la ramai nak ngorat~

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...