Sepertinya “Apartment 404” berjaya meraih perhatian ramai sedari tayangan episod perdananya.
Padab ulan lalu, teaser untuk “Apartment 404” berjaya menarik perhatian ramai selepas satu saat yang melibatkan Jennie BLACKPINK hampir melafazkan kata-kata kesat menjadi perbualan.
Dalam klip itu, Jennie mula mengatakan “Sheeee…” tetapi tiba-tiba berhenti, dan ekspresinya berubah terkejut. Ini mencetuskan spekulasi dalam kalangan penonton bahawa dia hampir mengatakan “Shibal,” sebuah perkataan yang bermaksud “F*ck,” yang kemudiannya menjadi tular.
apartment 404 teaser – #yeonjun @TXT_members @TXT_bighit pic.twitter.com/kON5Un0qNF
— TXT Translations 💬 (@translatingTXT) January 25, 2024
Terbaru, pengarah program berkenaan iaitu Jung Chul-min telah menyertai satu temubual istimewa untuk saluran tvN. Kongsinya mengenai isu itu,
Situasi tersebut berlaku semasa bermain permainan. Jennie mungkin berasa tidak selesa dengan kejadian itu dan boleh sahaja meminta kami menyunting bahagian tersebut, tetapi dia tak kata apa-apa pun. Kami fikir, adakah ia berbunyi seperti menyumpah? Tetapi ianya lucu, jangan risau. Ia akan menjadi lucu dalam siaran nanti.
Comel je Jennie!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.