Rancangan “Apartment 404” bermula dengan lancar!
Episod pertama program terbaru tvN ini membawa ahli tetap terdiri daripada Yoo Jae-suk, Cha Tae-hyun, Oh Na-ra, Yang Se-chan, Jennie, dan Lee Jung-ha menjelajahi Flat Wusang pada tahun 1998. Dalam episod itu, mereka mengingat kembali kenangan lama, berseronok menyiasat, bermain permainan yang dinamik, dan keserasian yang unik nyata membawa gelak ketawa kepada penonton. Terutamanya dengan pelbagai plot twist yang tidak dapat diramalkan!
Tayangan pertama “Apartmen 404” mula dengan rating tontonan sebanyak 2.7% (berdasarkan data Nielsen Korea di seluruh negara), menempatkannya di tempat ke-5 dalam program hiburan Jumaat.
Penduduk yang diundang semula ke tahun 1998, dibahagikan kepada dua pasukan, “Rumah Yoo” dengan Yoo Jae-suk, Yang Se-chan, dan Jennie, dan “Rumah Cha” dengan Cha Tae-hyun, Oh Na-ra, dan Lee Jung-ha, untuk memulakan siasatan.
Selepas melihat kawasan bawah tanah yang kelihatan seperti tempat kejadian, rumah pasukan masing-masing cuba mengkaji kembali tempoh masa sebelum kejadian itu berlaku. Dengan suasana dalaman rumah yang penuh dengan sentuhan retro yang memancarkan kemewahan dengan perabot kayu dan perhiasan berharga yang mewakili kekayaan, penonton turut sama terasa seperti kembali ke zaman 80-an.
Dalam pada itu, ada penonton yang terkenang permainan lama “Running Man” menerusi “Apartment 404” di mana mereka diberikan klu untuk menyelesaikan misi dalam episod berkenaan.
Korang dah layan ke?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.