Ikuti Kami:

“Dia Muda Sangat Lah…” – Baek Jiyoung Kongsi Pandangan Di Awal Perkenalan Bersama Suami, Jeong Sukwon

“Dia Muda Sangat Lah…” – Baek Jiyoung Kongsi Pandangan Di Awal Perkenalan Bersama Suami, Jeong Sukwon

Baek Ji-young risau ada suami muda?

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Baek Ji-young memuat naik satu video, “Baeik Ji Young’s Love Story” di laman YouTubenya sendiri, “Baek Z Young”.

Menerusi video tersebut, Baek Ji-young berkongsi pertemuan pertamanya bersama suami, Jeong Suk-won.

Kami mula berkenalan melalui pereka gaya saya. Dia memperkenalkan Jeong Suk-won kepada saya kerana dia rasa suami saya adalah seorang lelaki yang baik. 

baek jiyoung Dia menambah,

Ketika itu, saya terus ‘menyelidik’ semua perkara tentang suamni saya di Internet sebelum kami keluar bersama. Saya sedar mengenai jarak umur kami yang agak jauh, dia 9 tahun lebih muda dari saya. Bahkan, saya sendiri pernah berkata kepada pereka gaya saya yang dia ‘terlalu muda’ untuk saya.

Namun, Baek Ji-young menjelaskan bahawa, sebaik sahaja mereka mula keluar bersama, dia yakin bahawa Jeong Suk-won ada ciri-ciri lelaki idamannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Baekzyoung (@baekzyoung)

Sebaik sahaja keluar bersama buat kali pertama, mereka meluahkan perasaan antara satu sama lain dan terus menjalinkan hubungan percintaan.

Mula bercinta pada Januari 2011 lalu mereka mengikat hubungan mereka dengan perkahwinan yang diadakan pada 2 June pada tahun 2013 yang lalu.

https://www.youtube.com/watch?v=1JVLPKOMPEA

Kini, mereka hidup bahagia bahkan ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata pada Mei 2017.

Baek Ji-young dah bahagia… korang dah jumpa ke ‘soulmate’ korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...