Ikuti Kami:

“Dia Muda Lagi” – Sibuk Dengan Banyak Aktiviti, Netizen Setuju Cha Eunwoo Akan Ada Masa Depan Cerah Sebagai Selebriti

“Dia Muda Lagi” – Sibuk Dengan Banyak Aktiviti, Netizen Setuju Cha Eunwoo Akan Ada Masa Depan Cerah Sebagai Selebriti

Mempunyai visual yang sering dipuji, ketampanan Cha Eun-woo memang tidak perlu dipersoalkan lagi.

Baru-baru ini, Cha Eun-woo telah tiba di Lapangan Terbang Incheon, dalam perjalanannya ke Paris untuk menghadiri pertunjukan fesyen Dior.

Seperti biasa, wajah tampan penyanyi dan pelakon itu telah menarik perhatian ramai, tambahan pula dengan penampilannya dengan solekan minimal.

cha eunwoo

Menerusi komuniti dalam talian, seorang netizen menulis bahawa Cha Eun-woo akan mempunyai jangka masa yang lama dalam kerjayanya dengan visual kacak tambahan pula, dengan bakat lakonan dan nyanyiannya yang memuaskan. Tulisnya,

Cha Eun-woo memang kacak tetapi apa lagi hebat, kerjayanya juga berjalan dengan baik. Drama pertamanya sebagai pelakon utama baik, stesen penyiaran menghantarnya bercuti dan dramanya terus mendorong ke gelombang Hallyu sehingga dia telah dihantar ke lawatan luar negara sahaja. Lebih mengagumkan, dia masih begitu muda dan masih ada banyak masa lagi untuk dia berkembang dengan lebih besar lagi.

Selain terlibat dengan kerjaya nyanyian dan lakonan, Cha Eun-woo juga turut terkenal dalam dunia pengiklanan dan fesyen.

Semoga terus maju jaya!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...