Utama K-Pop “Kawan Saya” – Menyentuh Hati, Cha Eunwoo Nyanyi Lagu Kegemaran Mendiang Moonbin

“Kawan Saya” – Menyentuh Hati, Cha Eunwoo Nyanyi Lagu Kegemaran Mendiang Moonbin

cha eunwoo moonbin

Meskipun sudah sebulan berlalu namun, pemergian Moon-bin pastinya masih meninggalkan kesan mendalam buat Cha Eun-woo..

Terbaru pada 30 Mei, Cha Eun-woo telah berkongsi beberapa foto mendiang Moon-bin di Instagram peribadinya, bersama-sama dengan kapsyen,

Kawan saya.

Selain itu, ahli ASTRO tersebut turut menyiarkan video Moon-bin yang sedang menyanyikan lagu 10cm “Stalker”, di mana Cha Eun-woo dilihat merakam detik itu dengan kamera polaroidnya.

Pada hari yang sama, Cha Eun-woo telah melancarkan video nyanyiannya untuk lagu yang sama, pada jam 2:23 pagi bersamaan dengan tarikh debut kumpulan ASTRO iaitu pada 23 Februari, sempena memperingati sahabatnya itu.

Untuk pengetahuan, “Stalker” memang terkenal di kalangan peminat ASTRO sebagai lagu kegemaran Moon-bin dan mendiang juga pernah menyanyikannya menerusi siaran langsung sebelum ini.

Dengarkan lagu “Stalker” nyanyian Cha Eun-woo di atas!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERStar News
Loading...