Ikuti Kami:

“Dia Mirip Saya” – Chansung 2PM Kongsi Tentang Perkembangan Anak Sulung Kini

“Dia Mirip Saya” – Chansung 2PM Kongsi Tentang Perkembangan Anak Sulung Kini

Sedar tak sedar, ahli termuda 2PM sudah pun berkahwin dan bergelar bapa kini.

Baru sahaja selesai dengan promosi drama “Bora! Deborah”, Chansung sempat berkongsi pelbagai cerita mengenai diri dan keluarga dalam satu temubual eksklusif.

Bagi yang tidak mengetahui, idola itu telah pun berkahwin pada awal 2022 sebelum menimang seorang anak perempuan pada Julai tahun yang sama. Kongsi Chansung mengenai puteri sulungnya itu,

Dia kelihatan sama seperti saya. Mestilah, terdapat beban di bahu saya memandangkan daya merupakan ketua keluarga kini. Setiap perbuatan pasti ada akibatnya. Jadi, saya sedar ia bukannya tentang kesenangan hidup saya lagi. Saya berharap apabila anak saya bermula sekolah, dia akan berbangga dan selesa dengan saya. Apabila dia dah besar, saya harap dia tahu kesusahan saya.

hwang chansung

Dalam pada itu, Chansung mengatakan bahawa dia berkemungkinan besar tidak akan menyertai program hiburan membesarkan anak-anak. Jelasnya, sekali sudah muncul di rancangan sedemikian, sudah pasti mereka tidak boleh berpatah balik.

Buat masa sekarang, saya tidak berniat untuk mendedahkannya lagi.

Semoga berbahagia!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...