Ikuti Kami:

Cari Barang Rumah, Ada Kurang Senang Lihat Chansung 2PM Kongsi Persiapan Perkahwinan?

Cari Barang Rumah, Ada Kurang Senang Lihat Chansung 2PM Kongsi Persiapan Perkahwinan?

Umum mengetahuai bahawa Chansung 2PM bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.

Kurang bercerita mengenai kehidupan peribadinya, namun tweet idola berkenaan menarik perhatian ramai baru-baru ini.

‘Living Fair’ ini seperti mendaki bukit.. saya berjalan selama 2 jam lamanya.

chansung 2pm twitter

Untuk pengetahuan, ‘2022 Seoul Living Design Fair’ ialah pameran perabot dan rekaan dalaman terbesar di Korea. Biasanya ia berlangsung di Samsung COEX dan merupakan tempat yang wajib dikunjungi oleh pasangan yang mahu menghias rumah kelamin mereka.

Melihatkan entri Chansung itu, ramai yang menganggap dia melawat pameran itu bagi mencari barangan rumah bersama tunangannya.

Meskipun nampak seperti dia hanya berkongsi cerita, tetapi rata-rata peminat mempersoalkan niatnya berkongsi perkara peribadi bersama peminat.

chansung 2pm

Pun begitu, ada juga yang terhibur melihat pekembangan cerita mengenai Chansung selain turut berkongsi bahawa pameran barangan bayi adalah lebih memenatkan.

Terdahulu, Chansung mengumumkan bahawa dia bakal berkahwin tak lama lagi dan tunangannya itu sedang mengandungkan anak mereka kini.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...