Ikuti Kami:

“Dia Minta Duit Daripada Pelancong” – Jung Ilwoo Ulas Watak Dalam Filem ‘Highway Family’

“Dia Minta Duit Daripada Pelancong” – Jung Ilwoo Ulas Watak Dalam Filem ‘Highway Family’

Pelakon Jung Il-woo kini sedang memfokuskan diri kepada filem terbaru katanya…

Filem “Highway Family” yang diarahkan oleh Lee Sang-moon, mengisahkan mengenai sebuah keluarga yang menjalani kehidupan di kawasan lebuh raya. Keluarga ini mengalami satu kejadian yang tidak disangka apabila mereka dengan tidak sengaja bertemu dengan sebuah pasangan.

Dalam filem ini, pelakon Jung Il-woo memegang watak sebagai Ki-woo. Dia merupakan seorang ketua keluarga dan mereka tinggal di dalam sebuah khemah di kawasan perkhidmatan lebuh raya tersebut. Dia mengambil kesempatan di atas kesusahan hidup dengan meminta wang daripada pelancong.jung ilwooMelihat kepada watak ini, Jung Il-woo berkata,

Watak Ki-woo sangat menarik kerana saya belum pernah memegang watak ini. Watak ini mempunyai terlalu banyak perubahan dari segi emosi. 

Jung Il-woo juga menambah,

Saya rasa penonton akan sangat terkejut apabila mereka menonton filem ini. Saya berkerja keras untuk membawa watak ini sepenuh jiwa saya. Nantikan filem ini okay!

jung ilwooDek kerana watak yang lain daripada watak-wataknya sebelum ini, rata-rata dalam kalangan peminat amat menantikan filem “Highway Family” ini.

Nantikan 2 November ini okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...