Ikuti Kami:

Jung Ilwoo Kongsi Usaha Baiki Lakonan Bersama Yuri Girls’ Generation Dalam ‘Good Job’

Jung Ilwoo Kongsi Usaha Baiki Lakonan Bersama Yuri Girls’ Generation Dalam ‘Good Job’

Korang tahu tak drama terbaru “Good Job” yang menggandingkan Jung Il-woo dan Yu-ri Girls’ Generation? Terbaru, Jung Il-woo sempat berkongsi pandangannya mengenai drama itu.

Jung Il-woo sempat menyertai sesi temu bual bersama Arenna Home Plus setelah selesai penggambaran bagi muka hadapan majalah itu untuk edisi Ogos.

Bagi yang belum tahu, “Good Job” adalah drama romantik mengenai Eun Sun-woo lakonan Jung Il-woo dan Don Se-ra, lakonan Yu-ri. Melihat kepada watak Eun Sun-woo, Jung Il-woo berkata,

Watak ini mempunyai kombinasi aura seorang detektif. Dia ada kombinasi watak ‘Detektif Conan’, ‘The Kindaichi Case Files’ dan juga ‘Sherlock Holmes’.

jung ilwooDalam pada itu, Jung Il-woo sempat membicarakan mengenai pasangan gandingannya, Yuri.

Kami sudah mengenal pasti kekuatan masing-masing dan kami juga ada kerisauan masing masing. Jadi kami akan cuba memperbaiki kualiti lakonan kami dengan baik.

Apabila dia ditanya mengenai cabaran dan harapan sebagai seorang pelakon, Jung Il-woo berkata,

Apabila saya mencuba cabaran baru, saya tidak mengharapkan kejayaan. Saya juga tidak takut jika saya gagal. Saya ada pendirian yang baik dan saya mampu untuk bangkit semula jika saya gagal. 

jung ilwooBaguslah Jung Il-woo ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...