Ikuti Kami:

“Dia Menderita..” – Rakan Baik Dedah Mendiang Kim Saeron Alami Masalah Kewangan & Kemurungan Teruk

“Dia Menderita..” – Rakan Baik Dedah Mendiang Kim Saeron Alami Masalah Kewangan & Kemurungan Teruk

Pasti ramai yang dah tahu kan tentang pemergian pelakon Kim Sae-ron..

Susulan berita kematiannya, salah seorang rakan wanita itu memberitahu bahawa Kim Sae-ron sebenarnya sudah bersiap sedia untuk kembali dalam industri hiburan dengan nama baru, Kim Ah-im, menerusi pelbagai naskhah.

Bagaimanapun disebabkan kesihatan emosinya yang merosot, Kim Sae-ron terpaksa menarik diri dari beberapa projek kerana risau akan menjejaskan kesihatan fizikalnya juga.

Menurut rakan rapatnya,

Kim Sae-ron mengalami masalah kemurungan yang teruk dan orang-orang di sekelilingnya sangat bimbang. Walaupun begitu, dia bertekad untuk membuat kemunculan semula dan secara sukarela mendapatkan rawatan untuk kemurungannya. Tetapi dengan sentimen orang ramai yang begitu negatif, luka emosinya tidak boleh sembuh dalam sekelip mata. Ia mengecewakan kerana dia tidak dapat berkongsi secara terbuka betapa dia menderita.

kim saeron

Bagi yang belum tahu, pada Mei 2022 yang lalu, Kim Sae-ron telah didenda sebanyak 20 juta KRW kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, sehingga menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa bangunan di sekitar kawasan Gangnam, Seoul.

Disebabkan reaksi negatif dari orang ramai, bukan mudah untuk mendiang kembali dalam industri hiburan sehingga dia terpaksa mengambil kerja sambilan seperti bekerja di sebuah kafe.

Sementara itu, punca sebenar kematian Kim Sae-ron masih lagi dalam siasatan polis.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TV Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...