Dunia hiburan telah dikejutkan dengan kematian pelakon Kim Sae-ron, 25 tahun.
Menurut laporan polis pada 16 Februari, Kim Sae-ron telah disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di rumahnya.
Difahamkan bahawa seorang rakan yang sepatutnya berjumpa dengan pelakon itu di rumahnya, telah menemuinya dalam keadaan tidak bernyawa dan terus melaporkannya kepada pihak polis.
Setakat ini, seorang pegawai polis memberitahu,
Kami sedang menyiasat punca sebenar kematiannya.
Tambahan, polis juga melaporkan bahawa tiada unsur jenayah yang berlaku dan masih dalam proses siasatan lanjut.
Nantikan info seterusnya.