Ikuti Kami:

“Dia Mendahului..” – Seo Jihye Ulas Proses Babak Intim Dengan Lee Sangwoo Dalam ‘Red Balloon’

“Dia Mendahului..” – Seo Jihye Ulas Proses Babak Intim Dengan Lee Sangwoo Dalam ‘Red Balloon’

Selepas 20 episod, drama “Red Balloon” sudah pun melabuhkan tirainya pada minggu lepas.

Terbaru, Seo Ji-hye telah terlibat dengan satu temu bual khas susulan tamatnya drama berkenaan, gandingannya bersama Lee Sang-woo.

Bagi siapa yang menonton drama ini, pastinya akan tahu bahawa watak Seo Ji-hye dan Lee Sang-woo ada banyak babak intim bersama, bagi menambahkan lagi ketegangan plot.

Ketika sesi temu bual yang dilakukan, Seo Ji-hye berkongsi proses melakukan adegan ‘panas’ tersebut bersama pelakon lelaki itu,

Abang saya mempunyai banyak pengalaman jadi, dia memimpin saya dengan baik. Ia berakhir dengan baik tanpa sebarang kesulitan antara satu sama lain. Ini kali kedua atau ketiga saya merakamkan babak cium. Lee Sang-woo sentiasa mendahului dengan baik walaupun dalam keadaan yang janggal. Jadi, adegan cinta tersebut kemudiannya lebih mudah untuk dilakukan.

tv chosun red balloon

Selain itu, pelakon “Kiss Sixth Sense” tersebut ditanya tentang pandangannya mengenai perkahwinan. Jelasnya sambil ketawa,

Saya rasa saya patut bercinta. Saya pergi ke rumah ibu saya untuk makan dan dia bertanya ‘Awak tak dating ke?’. Saya berkata padanya ‘Awak tak nampak ke saya sedang sibuk? Untuk bercinta perlukan masa’. Namun, ibu saya berkata itu hanyalah alasan. Tetapi ia bukan alasan, saya benar-benar tiada masa.

Kemudian, Seo Ji-hye turut menyatakan bahawa ianya menakjubkan untuk melihat ramai rakan pelakon yang pernah bekerjasama dalam sebuah drama dan akhirnya berkahwin, seperti Hyunbin dan Son Ye-jin dari “Crash Landing on You”, dan Lee Sang-woo sendiri bersama Kim So-yeon dari “Happy Home”.

Dah sampai jodoh nanti, ada la pasangan yang sesuai buat Seo Ji-hye!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...