Ikuti Kami:

Episod Akhir ‘Red Balloon’ Raih Rating Tertinggi, Penonton Kesal Lihat ‘Kemenangan’ Wanita Curang

Episod Akhir ‘Red Balloon’ Raih Rating Tertinggi, Penonton Kesal Lihat ‘Kemenangan’ Wanita Curang

Selepas 20 episod seperti menaiki ‘roller coaster’, akhirnya “Red Balloon” menamatkan tayangan kelmarin.

Sinopsis

Untuk pengetahuan, “Red Balloon” membawa kisah penyakit yang dilalui semua iaitu keinginan yang dipendam. Ia menggambarkan cerita menyentuh hati mengenai individu yang cuba mencapai kemahuan yang menyakitkan jiwa.

Persahabatan tiada sempadan

[Amaran SPOILER]

Selepas emosi turun dan naik, akhirnya rakan baik itu melepaskan dendam antara satu sama lain dan mula berbaik. Malah Jo Eun-kang bertindak melarikan diri ke perkampungan terpencil dan menjadi guru sekolah biasa bagi menebus kembali kesalahan yang dilakukan meskipun Han Ba-da menarik kembali saman dan memaafkan wanita itu yang merampas suaminya. Bukan itu sahaja, wanita itu mengambil keputusan untuk menceraikan Go Cha-won kerana sedar mereka sudah tidak sehaluan lagi.

tv chosun red balloon

Di akhir cerita, Jo Eun-kang dan Go Cha-won dilihat kembali bersatu dan Han Ba-da pula mencapai kejayaan dalam karier apabila berjaya menjadi pereka barang kemas terkenal di Itali. Walau bagaimanapun, hubungan antara rakan baik itusepertinya berakhir pahit manis apabila Jo Eun-kang mengakui bahawa Han Ba-da ialah ‘belon merah’ buatnya namun menyembunyikan diri apabila wanita kaya itu mencarinya.

Rating baik

Untuk episod akhir ini, “Red Balloon” berjaya meraih rating sebanyak 11.56% di mana ia merupakan catatan tertinggi sepanjang tayangan sekaligus membuktikan kepopularitian drama ini di Korea.

tv chosun red balloon

Pun begitu, kebanyakan penonton meluahkan rasa kecewa melihatkan plot yang seperti menyokong hubungan antara suami dan wanita simpanan apabila mereka dilihat bertemu semula selepas berpisah di akhir drama.

Apa kata korang?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...