Ikuti Kami:

“Dia Mempunyai..” – Bintangi ‘Broker’, Lee Jooyoung Dedah Satu ‘Perkara’ Tentang IU

“Dia Mempunyai..” – Bintangi ‘Broker’, Lee Jooyoung Dedah Satu ‘Perkara’ Tentang IU

Baru-baru ini, pelakon Lee Joo-young telah berkongsi tentang persahabatannya bersama IU menerusi filem “Broker”.

Bagi yang belum tahu, “Broker” berkisar tentang kotak bayi di ruang kecil, di mana ibu bapa boleh meninggalkan bayi mereka tanpa nama. Lee Joo-young akan membintangi filem ini sebagai Detektif Lee (Lee Joo-young), yang akan mengejar watak Song Kang-ho dan Kang Dong-won.

lee jooyoung

Pada siaran 7 Jun program radio SBS “Park Ha Sun’s CineTown”, Lee Joo-young telah hadir sebagai tetamu bagi mempromosikan filem tersebut. Khususnya, Lee Joo-young bercakap tentang persahabatannya bersama IU, dengan menyatakan,

IU lebih muda setahun daripada saya. Pada hari terakhir Festival Filem Cannes, kami menggunakan bilik yang sama. Kami banyak berbual. Kami tidak mempunyai banyak adegan di mana kami bertemu antara satu sama lain dalam filem itu.

Kongsinya lagi,

Tetapi pada penghujung Jun, kami merancang untuk melancong ke Jepun bersama-sama. Kami semakin rapat. Ji-eun (nama sebenar IU), saya sayang awak.

lee jooyoung iu

Kini setelah mereka meluangkan masa bersama dan mengenali antara satu sama lain, ada satu perkara yang Lee Joo-young telah pelajari tentang IU. Dia mendedahkan,

IU mempunyai tenaga yang membuatkan anda berasa gembira walaupun anda hanya bersamanya tanpa melakukan apa-apa.

Tak sabar nak tonton Lee Joo-young dan IU dalam “Broker”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...