Ikuti Kami:

“Dia Memang Sesuatu..” – Datang Berlari! Kim Jongkook Akui Kesetiaan Song Jihyo

“Dia Memang Sesuatu..” – Datang Berlari! Kim Jongkook Akui Kesetiaan Song Jihyo

Tiada siapa rasanya boleh mempersoalkan kesetiaan Song Ji-hyo terhadap rakan rapat, terutamanya ahli “Running Man”.

Baru-baru ini, Song Ji-hyo telah menyantuni siaran langsung Kim Jong-kook di saluran ‘GYM JONGKOOK’. Tambahan pula, wanita itu dilihat selesa tampil tanpa solekan selain berpakaian ‘simple’ sahaja.

Katanya, dia hanya singgah sebentar bagi memberikan sokongan apabila mengetahui bahawa Kim Jong-kook sedang membuat ‘live’ di lokasi berdekatan dengan tempatnya menjamah makan malam sambil menikmati alkohol bersama pasukan sekerja.

Lelaki berbadan sasa itu menceritakan bahawa Song Ji-hyo bersetuju dengan teruja apabila diajak menyertai siaran ini,

Dia terus jawab ‘ya’. Tahu tak yang dia sangat setia. Saya tak tahu sekiranya awak berkelakuan seperti ini dengan orang lain. Tapi setahu saya, dia memang tidak akan menolak pelawaan mana-mana ahli ‘Running Man’. Ini pertama kali saya jumpa seseorang sepertinya. Dia memang sesuatu..

running man

Tambah wanita itu,

Saya berlari datang ke sini semasa sedang makan.

Malah dalam perbualan telefon berasingan bersama Yoo Jae-suk yang terkejut apabila mengetahui Song Ji-hyo ada bersama,

Dia memang sangat proaktif.

Bagus tau dia..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...