Ikuti Kami:

“Dia Memang Kelakar” – ‘Running Man’ Umum V BTS Sebagai Tetamu Episod Akan Datang

“Dia Memang Kelakar” – ‘Running Man’ Umum V BTS Sebagai Tetamu Episod Akan Datang

Sebelum ini, sudah beberapa kali ahli BTS seperti RM dan Jin hadir sebagai tetamu dalam rancangan “Running Man”.

Terbaru, laman media sosial rancangan itu telah memuat naik gambar pelekat nama ‘V’ dan mengesahkan bahawa ahli BTS itu bakal membuat kemunculan dalam episod akan datang. Bakal meriliskan album solo tak lama lagi, kemungkinan besar V atau nama sebenar, Kim Tae-hyung menyertai “Running Man” bagi mempromosikannya.

Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja kerana ramai yang mengakui personaliti V yang sesuai dengan rancangan hiburan termasuklah ketika aktif dalam program seperti “In The Soup: Friendcation” dan “Youn’s Kitchen”.

Antara komen penonton yang terkejut dengan berita tidak disangka itu,

Tak sabar tengok keserasian antara V dan ‘Running Man’. Wajib tonton siaran langsung nanti!

 

Terbaik ‘Running Man’.

 

Artis kegemaran saya bakal muncul dalam rancangan kegemaran saya.

 

Jangan lupa panggil Jimin, Suga dan Jungkook juga.

 

Lepas Jin, ada V. Walaupun saya bukan peminat BTS tapi daebak!

Nantikan episod bersama V yang akan ditayangkan pada 10 September ini pada jam 6.15 petang.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...