Ikuti Kami:

“Tak Kelakar ‘Running Man’ Kalau Dia Tiada..” – Jeon Somin Dipuji Penonton Dek Hal Ini

“Tak Kelakar ‘Running Man’ Kalau Dia Tiada..” – Jeon Somin Dipuji Penonton Dek Hal Ini

Walaupun hanya menyertai “Running Man” pada tahun 2017, namun ternyata posisi Jeon So-min meninggalkan impak positif dalam kalangan penonton.

Kadang kala dihujani dengan kritikan kerana ada yang kata kelakuannya sedikit ‘over’ namun pelakon tersebut dilihat terus kekal aktif dan bersemangat dalam setiap episod rancangan SBS itu.

Dalam episod kali ini, kesemua ahli menjalani bahagian terakhir bagi tayangan istimewa ‘Running Outing: Summer Vacation’ di mana mereka menutup percutian di perkampungan terpencil.

Dari beberapa babak dalam episod itu, penonton memuji bahagian yang dikemudi Jeon So-min di mana dia membawa tawa apabila berlakon sedih dek kalah pertandingan rap bersama Song Ji-hyo.

jeon somin running man

Komen penonton,

Jeon So-min memang cocok dengan rancangan hiburan.

 

Kenapa Jeon So-min kelakar sangat.

 

Disebabkan terlalu terkejut disingkirkan, Jeon So-min mula menari. Walaupun berlakon sahaja, tapi dia pandai menari.

 

Haha dan Jeon So-min punyai keserasian terbaik.

 

Pandai dia rebut bahagian rakaman untuk diri sendiri.

 

Dia memang kena ada dalam ‘Running Man’.

Rata-rata penonton juga suka melihat kesungguhan wanita itu dalam “Running Man” di mana dia akan cuba berinteraksi dengan kesemua ahli tanpa mengira sesiapa selain mencuba terbaik membuat lawak meskipun kadang kala memalukan diri sendiri.

Comel kan Jeon So-min?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...