Ikuti Kami:

“Dia Masih Naik Bas..” – Pelawak Jo Hyeryun Dedah Kim Jongkook Seorang Yang Kedekut?

“Dia Masih Naik Bas..” – Pelawak Jo Hyeryun Dedah Kim Jongkook Seorang Yang Kedekut?

Pada siaran 11 Mei program KBS “Problem Child in House”, Jo Hye-ryun telah muncul sebagai tetamu.

Pada awalnya, Jo Hye-ryun berkongsi perbincangan dengan MC Song Eun-yi, Kim Sook dan Jung Hyeong-don sebagai pelawak yang direkrut oleh KBS dan membina ikatan simpati dengan Kim Jong-kook, yang juga berasal dari Anyang. Dia berkata,

Anyang mempunyai ramai lelaki berotot. Kim Jong-kook, saya dan Rain.

Kim Jong-kook kemudian berkata,

Rain hanya datang untuk belajar, jadi sukar untuk mengatakan bahawa dia berasal dari Anyang. Ji Chang-wook ialah junior sekolah menengah saya.

problem child in house

Seterusnya, Jo Hye-ryun turut menceritakan kisah silam Kim Jong-kook ketika dia memulakan kerjaya sebagai ahli TURBO dan ketika dia berada di puncak popularitinya. Jo Hye-ryun berkongsi,

Untuk menjelaskan betapa kedekutnya dia..saya menjadi selebriti dahulu, kemudian Kim Jong-kook debut dalam TURBO. Saya pernah bergerak menaiki Avella (sejenis kereta), tetapi Kim Jong-kook masih menaiki bas. Ia adalah ketika dia bekerja sebagai ahli TURBO.

Kemudian, Kim Jong-kook mengakui,

Saya bergerak dengan bas sehingga keluaran album ke-3.

Ketika ditanya sama ada dia benar-benar melakukannya untuk menjimatkan wang, Kim Jong-kook menjelaskan,

Saya sudah menjadi popular pada masa itu tetapi saya masih tidak mempunyai wang kerana ia sebelum pelarasan cukai. Tiada siapa yang mengenali saya apabila saya menanggalkan cermin mata hitam saya, tetapi mereka mengenali saya apabila saya memakainya. Saya menaiki bas ekspres, bukan bas bandar, jadi tidak ramai yang mengenali saya.

kim jongkook problem child in house

Sekadar info, Kim Jong-kook memang dikenali secara meluas dalam industri hiburan Korea dengan nama samarannya ‘Jjan-dol-ii’, yang bermaksud seseorang yang cuba menjimatkan wang. Dia boleh bermurah hati menyisihkan wang untuk orang lain tetapi akan menjimatkan hampir semua wang yang sepatutnya dia belanjakan untuk dirinya sendiri.

Ada sebabnya tu…

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...