Ikuti Kami:

“Dia Mahu Kelihatan Berbeza..” – Pengarah Ulas Adegan Mandi Hyun Bin Dalam ‘The Point Men’

“Dia Mahu Kelihatan Berbeza..” – Pengarah Ulas Adegan Mandi Hyun Bin Dalam ‘The Point Men’

Baru-baru ini, pengarah telah berkongsi pengalamannya bekerjasama dengan Hyun Bin dalam filem aksi baru “The Point Men”.

Untuk pengetahuan, “The Point Men” mengikuti kisah seorang diplomat dan ejen Perkhidmatan Perisikan Kebangsaan (NIS), yang mempertaruhkan nyawa mereka di bumi asing bagi menyelamatkan warga Korea yang menjadi tebusan di Taliban. Ia adalah berdasarkan krisis tebusan Korea Selatan 2007 di Afghanistan, apabila 23 mubaligh Korea Selatan ditangkap dan dijadikan tebusan.

Ketika sidang akhbar, pengarah filem Lim Soon-rye berkongsi sebab dia memilih Hyun Bin memainkan watak sebagai ejen NIS dalam naskhah berkenaan. Jelasnya,

Dia kebanyakannya memainkan peranan yang ‘cantik’ tetapi saya ingin menunjukkan dia sebagai seorang lelaki yang ‘kasar’, bersemangat bebas dan kesepian yang tinggal di Timur Tengah. Bukannya ejen NIS biasa yang selalu kita lihat.

Selain itu, dalam “The Point Men” terdapat adegan mandi Hyun Bin, yang mengingatkan penonton kembali tentang zaman muda pelakon itu. Ulas pengarah mengenai babak itu,

Pelakon mempunyai sesuatu yang dipanggil ‘penjenamaan’. Peminat mengharapkan perkara tertentu dari bintang kegemaran mereka dan saya tidak begitu faham apa yang mereka mahu jadi, saya cuba memasukkan apa yang saya boleh ke dalam filem itu. Sudah tentu, saya tidak akan melakukannya jika pelakon itu tidak mahu.

hyun bin the point men

Kemudian, mengenai perubahan penampilan Hyun Bin dalam filem ini, pengarah menjelaskan,

Hyun Bin mahu kelihatan berbeza, jadi dia banyak memikirkan penampilannya seperti janggut, gaya rambut dan pakaian. Kami bimbang bagaimana penonton wanita akan bertindak balas terhadap penampilannya selepas terbiasa dengan mukanya yang dicukur, tetapi saya fikir mereka menyukainya.

Dalam pada itu, filem “The Point Men” bakal menemui penonton pada 18 Januari ini. Jangan lupa tonton!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...