Ikuti Kami:

“Dia Macam Pendek Akal..” – Dikecam Beri Hak Penjagaan Anak Pada Minhwan, Yulhee Beri Penjelasan

“Dia Macam Pendek Akal..” – Dikecam Beri Hak Penjagaan Anak Pada Minhwan, Yulhee Beri Penjelasan

Mesti ramai yang pelik mengapa Yul-hee memilih untuk memberikan hak penjagaan anak-anak buat Min-hwan selepas mereka bercerai kan?

Terbaru, bekas ahli LABOUM itu memuat naik penjelasan panjang mengenai hal tersebut di media sosialnya. Dengan entri foto anak-anaknya sedang mewarna, jelasnya mengenai kritikan yang diterimanya,

Mempertimbangkan isu secara realistik dan meminimumkan ketidakselesaan psikologi sebanyak mungkin, saya merasakan lebih sesuai untuk anak-anak terus tinggal di tempat yang dah biasa bagi mereka. Jadi, kami memutuskan tindakan bagi ayah untuk menjaga mereka adalah yang terbaik.

Tambahnya,

Saya juga sering bertemu dengan anak-anak saya untuk memastikan ketiadaan ibu tidak dirasai dengan sangat kuat. Keputusan sukar ini diambil untuk kebahagiaan satu sama lain selepas banyak perbincangan, dan saya harap anda melihatnya dengan mata yang penuh kasih sayang.

yulhee minhwan

Untuk pengetahuan, Choi Min Hwan F.T Island dan Yul-hee berkahwin pada tahun 2018 dan mempunyai seorang anak lelaki dan dua anak perempuan. Tetapi pada tahun lalu, selepas lima tahun perkahwinan, mereka mengumumkan perceraian mereka. Penjagaan tiga orang anak tersebut diambil alih sepenuhnya oleh lelaki itu.

Komen yang lain,

Saya rasa dia pasti ada sebab-sebab lain mengapa dia melepaskan hak penjagaan. Saya rasa perubahan persekitaran terbesar adalah apabila ibu meninggalkan kehidupan mereka.

 

Ini kerana bapa boleh menjaga anak-anak.

 

Saya rasa bagus bahawa bapa boleh menjaga anak-anak dengan baik.

 

Kerana bapa ada pendapatan dan boleh membela anak-anaknya.

 

Kenapa saya rasa dia adalah karakter yang sangat cuai. Seperti dia tidak terlalu memikirkan hal-hal dengan mendalam.

Pandailah dorang..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily  untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...